BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 14, 2008

Sentuhan Solekan dan Sanggul Heri

Sentuhan tangan keramat yang dimiliki oleh Jurusolek Artis terkenal iaitu Heri telah bermula pada tahun 1990 di indonesia.Beliau telah mencipta nama di indonesia.Dalam tahun 1999 beliau telah berhijrah ke Malaysia dan telah mencipta nama disini. Beliau juga sebelum itu pernah menimba pengalaman dari Nurul Shukor sebagai Hair Stylist & pembantu Nurul Shukor dalam bidang solekan di Nurul Shukor Touch Beauty & Saloon. Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun. Selepas itu beliau berkhidmat di RTM selama 3 tahun. Bermulanya cabaran demi cabaran beliau kini mencipta nama di samping telah memberi khidmat sebagai jurusolek tanahair. Kini ramai dikalangan artis-artis,vip,vvip dan kerabat diraja telah menggunakan khidmat beliau.

Pengalaman selama 15 tahun telah mematangkan beliau. Beliau mempunyai skill yang tinggi dalam solekan terkini. Dan beliau juga mempunyai kekuatan dalam dandanan rambut serta sanggul. Pelbagai gaya sanggul yang unik dan terkini dari indonesia. Jadi di situ memberi kelebihan pada beliau. Mungkin beliau dari indonesia??....itulah kekuatan sanggul beliau...

Kini nama Heri telah meniti di majalah-majalah besar seperti Nona , Wanita, Utusan dan banyak lagi. Beliau tidak menoleh kebelakang lagi dan kini mendapat kepercayaan daripada ramai pihak.

0 comments: